Friday, January 11, 2013

SENIKATA : AMAR @ SEBALIKNYA?


Assalamualikum.


Seni itu indah, bukan indah khabar dari rupa tetapi memang indah khabar dan juga rupa. 

Seni itu sendiri luas maknanya dan memiliki nilai yang amat luas dalam konteksnya.

Untuk pengisian kali ini adalah lebih berfokus kepada senikata atau dalam bahasa mudahnya lirik lagu. Suka ingin admin kongsikan bersama 
pembaca semua mengenai satu lagu yang boleh 
dikatakan melodinya agak sedap untuk santapan halwa telinga yang dinyanyikan oleh penyanyi belasan tahun berbakat besar iaitu Najwa Latif yang bertajuk Cinta Muka Buku. 



Lagu Cinta Muka Buku memang best, bila dengar boleh berbunga-bunga dibuatnya, rasa seperti happy, bahagia kan? Mana tidaknya kalau lagu ini tidak hebat takkan lagu ini sampai menjadi finalis Anugerah Juara Lagu 26.

TAPI realitinya tidak seindah lagu. Banyak perkara-perkara yang 
negatif berpunca daripada Facebook seperti rogol, zina, penipuan duit, keldai dadah dan banyak lagi. 

Ingat layari laman muka buku tidak salah, asal jangan langgar syaratnya, jangan sampai melalaikan sudah.

Sebelum ni admin ada jugak terfikir untuk mengubah semula senikata lagu Cinta Muka Buku ke arah senikata yang lebih islami tetapi oleh sebab kekangan masa dengan tuntutan urusan yang lebih utama admin terpaksa tangguhkannya.

Ketika asyik admin melayari laman youtube tiba-tiba admin terjumpa satu video lagu Cinta Muka Buku tetapi telah diubah menjadi Nafsu Muka Buku yang menerapakan senikata yang lebih bernilai islami dan terbiah.
Tahniah buat individu atau kumpulan yang berusaha telah mengubah semula senikata lagu Cinta Muka Buku kepada yang lebih memberi nilai tarbiah kepada serwajagat. 

Insya-Allah kalau berkesempatan admin akan ubah senikata lagu Cinta Muka Buku ni versi tarbiah admin pulak... :)

~semoga niat kita ikhlas~



No comments: