Monday, February 6, 2012

INSPIRASI ABADI

SeLamaT BeRsuA

Rasanya lama tak update blog Lujnah KRI (dahulu disebut KKI)
Kenapa KRI??
Ni nak citer sikit..
Jika dahulunya dikenali sebagai Lujnah Kesenian dan Kebudayaan Islam (KKI)
Tetapi sekarang sudah ditukar sebagai Lujnah Kesenian dan Rekreasi Islam (KRI)
Iaitu hasil gabungan dari Lujnah Kesenian dan Kebudayaan Islam & Lujnah Riadah dan Rekreasi (R&R)...


Untuk pengisian kali ini yang bertepatan dengan sambutan Maulidur Rasul 1433 H  kami membawakan sebuah sajak nukilan karya dari salah seoarang ahli lujnah KRI iaitu saudara 
~IZZI HAFIY~
yang bertajuk:

INSPIRASI ABADI



Tika daku teringatkanmu tenangkan dihati

Mutiara jernih berderai gugur membasahi pipi

Seringkali kerinduan ini bertamu tidak bisa ku bendung lagi
Ingin sesekali ku lakarkan rindu yang ku rasai

Sirahmu ku baca hayati indah kata-katamu
Ukhuwahmu dan sahabat begitu erat sekutu
Peribadi indah mulia akhlakmu
Sungguh kasihmu ku dambakan selalu

Antara yang berjuta kau terhebat
Selalu membela mengasihi umat
Kau rasul tercinta ikutan seluruh umat
Namamu terpahat dihati kan tersemat

Walau kita tidak pernah bersua
Hati ini selalu merinduimu rasul mulia
Bibirku hanya bisa mengukir butir selawat mengubat rindu
Ingin sekali ku bersua denganmu
Walaupun sekadar hanya dalam mimpiku

Ya Rasul... Walaupun kau telah pergi
Namun kau tetap menjadi inspirasi
Kau tetap disini... dihati



Semoga dapat manfaat dari sajak di atas..
Salam maulidurrasul dari kami warga Lujnah Kesenian dan Rekreasi (KRI) IPG Kampus Ipoh

Untuk pengisian yang akan datang kami akan bawakan ahli-ahli lengkap lujnah Kesenian dan Rekreasi Islam (KRI)...


~semoga niat kita ikhlas~