Tuesday, August 31, 2010

DJ RAMADHAN

Sepanjang bulan ramadhan Biro Agama & Kerohanian (JPP) telah menjalankan pelbagai aktiviti sebagai pengisian sepanjang bulan ramadhan bagi pelatih-pelatih IPG Kampus Ipoh.

Pada kali ini Lajnah K&K telah ditugaskan untuk menguruskan program DJ Ramadhan yang mengikut unit-unit bertugas. unit-unit yang bertugas terdiri daripada unit J & K.

Tujuan program DJ Ramadhan ini dijalankan adalah bagi mengisi masa menunggu untuk berbuka dengan hiburan nasyid yang diputarkan oleh dj2 yang bertugas setiap hari. Menerusi program ini juga ada diselitkan tazkirah pendek sepanjang pengisian DJ Ramadhan berlangsung.

Alhamdulillah, program DJ Ramadhan telah mendapat kerjasama yang agak baik dari semua unit-unit yang bertugas sepanjang ramadhan walaupun terdapat gangguan teknikal yang tidak dapat dielakakkan.

Akhir kata, ana wakil lajnah K&K mengucapkan terima kasih buat semua yang terlibat bg menjayakan program DJ Ramadhan ini.. termasuklah juga diri ana sendiri yang juga bertugas sebagai dj pada 21 ramadhan.
Segala kelemahan amatlah dikesali.. segala yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu juga datang dari Allah tetapi disandarkan kepada kelemahan kami sendiri..

Takbir!!!!!!!!!!

~semoga niat kita ikhlas~

MAJLIS IFTAR 2010




Pada hari ke 5 ramadhan ahli lajnah K&K telah mengadakan satu majlis erbuka puasa antara ahli bertujuan mengeratkan ukhuwah sesama ahli bertempat di Pusat Islam Al-Hidayah.

Suasana lebih bererti lagi dengan kehadiran adik-adik unit K menyertai lajnah K&K.





Adik-adik unik k yg hebat2... huhu




ukhuwah antara junior dan senior k&K.





Bagi abis nasi tau.. t membazir plk.. membazir amalan syaitan.. huhuhu


Ini merupakan aktiviti ukhuwah terbaru ahli lajnah K&K sepanjang bulan ramadhan 2010.


~semoga niat kita ikhlas~