Tuesday, August 31, 2010

DJ RAMADHAN

Sepanjang bulan ramadhan Biro Agama & Kerohanian (JPP) telah menjalankan pelbagai aktiviti sebagai pengisian sepanjang bulan ramadhan bagi pelatih-pelatih IPG Kampus Ipoh.

Pada kali ini Lajnah K&K telah ditugaskan untuk menguruskan program DJ Ramadhan yang mengikut unit-unit bertugas. unit-unit yang bertugas terdiri daripada unit J & K.

Tujuan program DJ Ramadhan ini dijalankan adalah bagi mengisi masa menunggu untuk berbuka dengan hiburan nasyid yang diputarkan oleh dj2 yang bertugas setiap hari. Menerusi program ini juga ada diselitkan tazkirah pendek sepanjang pengisian DJ Ramadhan berlangsung.

Alhamdulillah, program DJ Ramadhan telah mendapat kerjasama yang agak baik dari semua unit-unit yang bertugas sepanjang ramadhan walaupun terdapat gangguan teknikal yang tidak dapat dielakakkan.

Akhir kata, ana wakil lajnah K&K mengucapkan terima kasih buat semua yang terlibat bg menjayakan program DJ Ramadhan ini.. termasuklah juga diri ana sendiri yang juga bertugas sebagai dj pada 21 ramadhan.
Segala kelemahan amatlah dikesali.. segala yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu juga datang dari Allah tetapi disandarkan kepada kelemahan kami sendiri..

Takbir!!!!!!!!!!

~semoga niat kita ikhlas~

No comments: