Wednesday, May 12, 2010

PaNtun MaRi Bers0lat




Berbaju kurung bertudung labuh
berkain songket berselipar jepun
awal pagi dah sembahyang subuh
agar hidup sentiasa rukun

pagi-pagi minum kopi
bekalan untuk perjalanan ke johor
pandu kereta berhati-hati
masuk waktu sembahyang zohor

orang kaya berkereta besar
sambil bersembahyang memakan kacang
bila tiba waktunya asar
itu tandanya hari sudah petang

waktu petang menjamah roti
roti dibeli di kedai cik syarip
mulut ibu tak henti-henti
menyuruh adik sembahyang maghrib

wanita cantik lelaki kacak
hulurkan senyuman muka berseri
bila malam sembahyang isyak
bau cukup lima waktu sehari


~semoga niat kita ikhlas~

2 comments:

Biro Agama Dan Kerohanian said...

hayati pantun ini betul2..
semoga solat kita akan diterima Allah swt..
insyaallah...

AnaAnis.MUsliMah said...

Pantu yang bermanfaat..InsyAllah^^