Thursday, February 3, 2011

KELEBIHAN BERSELAWAT


Asalamualaikum.

1) Sabda Rasullah SAW : Barangsiapa yang berselawat keatasku sekali,nescaya Allah akan turunkan rahmat keatasnya 10 kali ganda - (hari Muslim.)

2) Allah akan hapuskan dosa2 kecil dengan kita mengamalkan
berselawat sebanyak 11 kali setiap kali selesai menunaikan solat
fardu.


3) Jodoh ditentukan oleh Allah. Amalkan selawat 100 kali sehari,
insya Allah akan dipermudahkan bertemu jodoh sama ada lelaki @
wanita.

4) Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat 7 kali pada air
dan minum. Insya Allah, perut yang sakit atau memulas akan sembuh.

5) Sesiapa yang amal membaca selawat 3 kali setiap selepas solat 5 waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah.

6) Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insya Allah akan dikurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.

7) Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali setiap hari, dengan izin Allah dirinya akan lebih dihormati dan dihargai oleh orang lain.

8) Menurut Sayyid Ahmad Dahlan, sesiapa yang berselawat walau sekali pada malam Jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan Allah seperti yang dihadapi oleh para nabi.

9) Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, Insya Allah akan
dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, dan
sebagainya dalam dirinya.

10) Sesiapa yang amalkan berselawat 1000 kali pada malam Jumaat, Insya Allah akan beroleh kebahagiaan sama ada di dunia mahupun di akhirat.

11) Amalkan selawat 11 kali tiap kali selesai solat fardu kerana
Allah akan mengindahkan akhlaknya menjadi lebih disenangi di
kalangan orang lain.

12) Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah
memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh
ketenangan fikiran.

13) Sesiapa yang berselawat tak kiralah banyak mana hitungannya
setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia
berusaha mencari keredhaanNya.

14) Amalan berselawat sebanyak yang mungkin setiap hari menjamin keselamatan hidup dan pertolongan Allah, lebih-lebih lagi pada saat kita menghadapi kesukaran hidup.

15) Menurut Syibab Ahmad, sesiapa berselawat 3 kali setiap selesai
solat Subuh, Maghrib & Isyak, Allah akan menghindarkannya daripada sebarang bencana.

16) Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali setiap hari, Allah akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah.

17) Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan Allah akan segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNya.


18) Menurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipu daya syaitan yang melalaikan.

19) Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan Allah.

20) Sesiapa yang membaca selawat sebanyak 7 kali selama 7 Jumaat berturut2, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan)daripada baginda SAW.

21) Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari.

22) Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat Asar pada hari Jumaat, InsyaAllah akan dihapuskan dosa2 kecil seseorang.

23) Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari,
Allah akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-
sangka baginya.

24) Jiwa yang resah gelisah dapat ditenangkan dengan zikir,
termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana Allah itu Maha Luas rahmatnya.

25) Ulamak berpendapat, sesiapa yang mengamalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, insya Allah dihindarkan daripada taun dan wabak penyakit berbahaya yang lain.

26) Membaca selawat 1000 kali selepas solat hajat 2 rakaat mampu
menghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan Allah akan
hajatnya.

27) Menurut para ulama, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah sebanyak 10 kali setiap selesai solat Maghrib.

28) Para Ulamak berpendapat, Allah akan sempurnakan hajat yang baik dengan sentiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, diikuti dengan usaha yang berterusan.

29) Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadaku sebanyak 100 kali pada hari Jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya - dari Abu Naim.

30) Sabda Nabii SAW: Barangsiapa berselawat kepadaku 10 kali pada waktu pagi dan 10 kali pada waktu petang tiap hari, ia akan beroleh syaafaatku pada hari kiamat - dari Thabrani

p/s:di petik dari trangngkite..

Wednesday, February 2, 2011

DILEMA WANITA


Asalamualaikum.





Peringatan buat kaum muslimah....
Jaga Kehormatan anda...
Jangan terjebak dengan  MAKSIAT!!!!

Jadikan Islam sebagai pegangan hidup...
Realisasikan daerah berpaksikan firman..
Al-Quran dan Sunnah sebagai panduan UTAMA...

TEPUK DADA TANYA IMAN ANDA!!!

INGAT!!!!!!!


~semoga niat kita ikhlas~

Monday, October 25, 2010

JAMUAN AKHIR TAHUN 2010

Asalamualaikum.

Aktiviti terbaru lujnah KKI ialah jamuan lujnah pada 22/10/2010 yang bertempat di


 LISWAN CHICKEN CHOP 

Jamuan ini diadakan adalah sebagai jamuan akhir tahun lajnah KKI..

Antara objektif jamuan ini adalah untuk mengeratkan hubungan antara ahli-ahli lujnah KKI sendiri.

Makan Sampai Licin


Ukhwah erat...

Bendahari kira duit.. huhu


~semoga niat kita ikhlas~

Friday, September 3, 2010

MANDI UNTUK MENYEGARKAN BADAN KETIKA BERPUASA




“Sungguh, aku melihat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam di Al ‘Aroj mengguyur kepalanya -karena keadaan yang sangat haus atau sangat terik- dengan air sedangkan beliau dalam keadaan berpuasa. ”

Bukhari membawakan Bab dalam kitab shohihnya ‘Mandi untuk orang yang berpuasa.’

Ibnu Hajar berkata, “Maksudnya adalah dibolehkannya mandi untuk orang yang berpuasa.
Az Zain bin Al Munayir berkata bahwa mandi di sini bersifat mutlak mencakup mandi yang dianjurkan, diwajibkan dan mandi yang sifatnya mubah. Seakan-akan beliau mengisyaratkan tentang lemahnya pendapat yang diriwayatkan dari ‘Ali mengenai larangan orang yang berpuasa untuk memasuki kamar mandi. Riwayat ini dikeluarkan oleh ‘Abdur Rozaq, namun dengan sanad dho’if. Hanifiyah bersandar dengan hadits ini sehingga mereka melarang (memakruhkan) mandi untuk orang yang berpuasa.” (Fathul Bari, 6/180)

Hal ini juga dikuatkan oleh sebuah riwayat dari Abu Bakr, beliau berkata,
لَقَدْ رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- بِالْعَرْجِ يَصُبُّ عَلَى رَأْسِهِ الْمَاءَ وَهُوَ صَائِمٌ مِنَ الْعَطَشِ أَوْ مِنَ الْحَرِّ.

“Sungguh, aku melihat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam di Al ‘Aroj mengguyur kepalanya -karena keadaan yang sangat haus atau sangat terik- dengan air sedangkan beliau dalam keadaan berpuasa. ” (HR. Abu Daud no. 2365)

Abu Ath Thoyib mengatakan, “Hadits ini merupakan dalil bolehnya orang yang berpuasa untuk menyegarkan badan dari cuaca yang cukup terik dengan mengguyur air pada sebagian atau seluruh badannya. Inilah pendapat mayoritas ulama dan mereka tidak membedakan antara mandi wajib, sunnah atau mubah.” (‘Aunul Ma’bud, 6/352, Asy Syamilah)

==== Salam Sabar ====

~semoga niat kita ikhlas~

Tuesday, August 31, 2010

DJ RAMADHAN

Sepanjang bulan ramadhan Biro Agama & Kerohanian (JPP) telah menjalankan pelbagai aktiviti sebagai pengisian sepanjang bulan ramadhan bagi pelatih-pelatih IPG Kampus Ipoh.

Pada kali ini Lajnah K&K telah ditugaskan untuk menguruskan program DJ Ramadhan yang mengikut unit-unit bertugas. unit-unit yang bertugas terdiri daripada unit J & K.

Tujuan program DJ Ramadhan ini dijalankan adalah bagi mengisi masa menunggu untuk berbuka dengan hiburan nasyid yang diputarkan oleh dj2 yang bertugas setiap hari. Menerusi program ini juga ada diselitkan tazkirah pendek sepanjang pengisian DJ Ramadhan berlangsung.

Alhamdulillah, program DJ Ramadhan telah mendapat kerjasama yang agak baik dari semua unit-unit yang bertugas sepanjang ramadhan walaupun terdapat gangguan teknikal yang tidak dapat dielakakkan.

Akhir kata, ana wakil lajnah K&K mengucapkan terima kasih buat semua yang terlibat bg menjayakan program DJ Ramadhan ini.. termasuklah juga diri ana sendiri yang juga bertugas sebagai dj pada 21 ramadhan.
Segala kelemahan amatlah dikesali.. segala yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu juga datang dari Allah tetapi disandarkan kepada kelemahan kami sendiri..

Takbir!!!!!!!!!!

~semoga niat kita ikhlas~

MAJLIS IFTAR 2010




Pada hari ke 5 ramadhan ahli lajnah K&K telah mengadakan satu majlis erbuka puasa antara ahli bertujuan mengeratkan ukhuwah sesama ahli bertempat di Pusat Islam Al-Hidayah.

Suasana lebih bererti lagi dengan kehadiran adik-adik unit K menyertai lajnah K&K.





Adik-adik unik k yg hebat2... huhu




ukhuwah antara junior dan senior k&K.





Bagi abis nasi tau.. t membazir plk.. membazir amalan syaitan.. huhuhu


Ini merupakan aktiviti ukhuwah terbaru ahli lajnah K&K sepanjang bulan ramadhan 2010.


~semoga niat kita ikhlas~


Sunday, June 6, 2010

LIRIK NASYID PILIHAN JUN 2010


Dianku Abadi

Album : Kalimah Warisan
Munsyid : Are Buddy
http://liriknasyid.com


Dirimu umpama dian menerangi
Kegelapan ruag yang tiada cahaya
Itulah diriku ketika masa dahulu
Namun kini ku punya penyuluh

Ilmu yang kau beri menjadi panduan hidupku
Tiada lagi jalan sekabur dulu
Kini langkahku menuju kejayaan
Namun ku akur kan terjadi jua perpisahan

Kan ku catat segala memori kita
Bahwa pengorbananmu kan ku ingat selalu
Kan ku gubah kata-kata menjadi lagu
Agar kau terhibur bahawa aku mengashimu

Nasihatmu ku genggam
Tidak akan ku lupa
Kan menjadi pedoman ke arah kehidupanku

Abadikan redhamu.. Ku rayukan restumu..
Moga hidupmu di rahmati selalu
Kau pengganti ibubapaku.. Andaiku sialp di tegur
Moga tiada sesat sepanjang hidupku

Ku harapkan andai tiba pertemuan
Perpisahan ini hanyalah sementara
Ku harapkan doamu di kejauhan
Ingatan padamu tidakkan pudar
Padamu guru yang ku sayang..

Sumber http://ARE BUDDY ENTERPRISE SDN BHD

~semoga niat kita ikhlas~